Friday, April 11, 2014

Kerja

Alkisah...

Lama tak jenguk blog sejak sebulan yang lepas. I am a busy woman. Cehh busy la sangat kan. Sebenarnya aku dah start kerja sejak awal bulan haritu. Kerja jadik instructor a.k.a teacher mengajar budak-budak sementara nak tunggu kerja yang betul-betul relate dengan background aku. Tapi tu la takde lagi yang sudi meng offer. So aku pun kerja la kat sini. Masa nak apply tu aku ckp la nak kerja sementara dulu sementara tunggu kerja yang betul-betul. Tapi director cakap at least kena kerja tiga bulan. Aku pun berbelah bahagi masa mula-mula tu sebab takut dapat offer lain. Bila fikir-fikir balik, buatnya lama tak dapat reply tak ke payah. If dapat pun maybe boleh bagi notice ke apa dulu kan suruh hold. So aku pun terima kerja ni. 3 bulan macam tak lama. 

Tempat kerja agak jauh jugak la aku nak commute hari-hari dari Putrajaya ke Bangsar. Pukul 8 am dah kena gerak dari rumah. Sampai dalam pukul 9 am macam tu. Masuk pukul 9.30 am. Kerja nye memang menarik la. Mengajar budak-budak. Aku kan suka budak-budak. Dah la budak nya semua comel2. Anak2 mat saleh, kacukan semua. Kekeke. Yang comel, senyap, tak dengar cakap. Macam-macam ada. Mengajar nye ada kat center dan ada kena pergi sekolah-sekolah. Mostly sekolah-sekolahnya international school dan jugak tadika. 

Antara student2


Ok lepas seminggu setengah aku kerja tiba-tiba ada dapat offer untuk graduate trainee position. Start nye pulak isnin depan. Memang macam tiba2 la kan. Aku dah berbelah bahagi dah ni. Sebab aku ada kontrak 3 bulan. Tapi kalau nak lepas sayang pulak sebab benda ni memang big opportunity la lagipon relate dengan aku punya study. Nak ditelan mati mak, nak diluah mati bapak. Gitu la rasanya aku waktu tu...cehhhh. Lepas tanya family semua mintak nasihat, diorang suruh aku join je graduate trainee tu. Sebab akak aku kata bukan ko nak jadik cikgu sampai bila2 kan. Nak jadik engineer. Takkan nk tolak. Lebih kurang camtu la..

So lepas aku decide, aku email la director bagitau perkara sebenar. Dia macam marah jerrr. huuuuu. Kira aku request untuk short notice tapi dia kata tak boleh. If nak quit jugak kena la breach contract. Means aku tak dapat gaji langsung untuk yang aku dah kerja. Nak buat camne. Terima je laaa. Salah aku la jugak sebenarnyaa tak pikir awal-awal. Sekarang dah menyusahkan orang. Adoiii. Teringat pulak ayat dia,

" This kind of action will reflect extremely poorly on your professionalism in your future career."

Haa amek kau. Kan dah kena. Memang rasa bersalah gila2 tapi apakan daya. Aku hanya insan biasa yang sering melakukan kesilapan. Huuuu. Mintak maap sangat2. 

So isnin ni aku start kerja baru. Weee. Hoping for the best. 

Friday, March 14, 2014

Vibrance Event

Sponsored post by Nuffnang


Last Saturday (8th March) aku dapat invitation untuk pergi Vibrance Event sempena International Women's Day kat MYoga The Gardens KL. Event start pukul 9.30 am tapi aku pukul 9 am dah sampai. Awal la pulak kan. Hehe. Event ni anjuran Bioinfinity dan Nuffnang. So lepas tunggu diorang setup2 semua dalam pukul 10 am baru start.

Event dimulakan dengan Yoga. Ni kira first time la aku nak beryoga. Hehe. Dalam sejam je yoganya tapi banyak la jugak yoga poses yang di ajar contohnya macam kat bawah ni. Badan aku ni takde la jenis flexible sangat jadi sakit-sakit jugak la badan nak buat nya tu. Tapi aku rasa kalau selalu buat lama kelamaan mesti badan akan jadik makin flexible.



Let's start the yoga!
Spot me. haha.

Antara bloggers yang join

Most of the poses yang di ajar sebenarnya related to pelvic floor exercise. Seperti yang instructor tu cakap kalau kita ada masalah contohnya macam senggugut ke masa PMS elok la buat exercise ni selalu. Dia akan membantu kurang kan symptom PMS contohnya sakit perut atau muntah-muntah. Pelvic floor ni muscle ni dia akan stretch atau weaken disebabkan oleh penuaan atau lebih-lebih lagi ketika mengandung. Muscle ni akan bagi kawalan ke atas pundi kencing dan usus kita. Kalau dia jadik makin lemah, pundi kencing akan susah di kawal dan paling bahaya boleh menyebabkan vaginal or uterire prolapse. 




Lepas Yoga ni habis ada presentation oleh Bioinfinity tentang Vibrance Kegel Device. Actually ni first time aku dengar tentang Kegel exercise dan Kegel Device ni. So aku share la untuk pengetahuan sesiapa yang tak tau lagi. So Vibrance Kegel Device ni adalah alat untuk bantu buat Kegel Exercise dengan cara yang betul. Adik dan akak aku pernah cakap kalau masa mengandung, akan rasa nak terkencing selalu sebab baby dalam perut tu akan menolak pelvic floor kita. So kegel exercise ni antara salah satu benefit nya adalah dapat control kita punya urinary system. Ohh lupa nak cakap sebenarnya device ni sesuai hanya untuk yang dah berkahwin atau dah beranak sahaja sebab cara nak guna tu macam tak sesuai untuk orang yang belum kahwin. Aku tak boleh guna la nanti dah kahwin i'll consider. Tapi exercise ni still can be done without the device tapi kalau pakai device lagi bagus la sebab dia akan guide kita untuk exercise dengan cara yang betul.

Ni pandangan sisi womans bladder wanita

Ok antara benefits buat kegel exercise ni:


  1. Strengthen pelvic floor muscle. Bagus wanita hamil sebagai persediaan untuk stages terakhir pregnancy dan untuk lahirkan baby. Dia akan bantu untuk push the baby out fto ensure smooth delivery. 
  2. Prevent urinary incontinence macam aku cakap tadi la orang mengandung susah nak kawal kalau nak kencing
  3. Good for treating vaginal prolapse and preventing uterine prolapse.


Vibrance Presentation

Ni la kegel exercise device tu

Masa aku mula2 tengok ni aku terpikir ni apa benda? Haa korang jangan pikir bukan-bukan pulak. Lepas tu aku tanya sorang akak tu dia kata dia ada guna. Dia dah ada dua baby dia kata banyak membantu jugak la benda ni. So untuk kawan-kawan di luar sana yang dah ada baby tu, cuba la guna benda ni kalau ada masalah-masalah yang seperti aku cakap kat atas tu ok? Kalau nak beli boleh pergi kat website Bioinfinity dengan harga RM 498. Vibrance Kegel Device Set Box included vibrance kegel device and casing, 2 sets of batteries, 3 level of resistance sheaths, user manual guide and warranty card.

Lepas presentation dari Bioinfinity ada motivational talk about self branding by KD Ismalasari. Dia bagi talk on how to strengthen our personal and professional brand through image and style, communication, logo, brand experience, product and culture development. Antara sistem yang diperkenalkan adalah 4C (Cut, Color, Clarity & Carat) diamond system that helps us gain clarity of our personal and professional brand and communicate that through a strong visual identity.

Talk by KD Ismalasari

Lepas tu ada sharing session oleh blogger Audrey. Dia share cerita sikit tentang kehidupan dia selepas kahwin. How she manage her life after marriage and after she have baby. Ada juga yang share tentang testimoni about Kegel device. Lepas habis semua aktiviti ada sesi menjawab soalan. Siapa dapat jawab akan dapat hadiah antaranya adalah bantal, tefal set, myoga free subscription for 3 months and kegel device. Aku tak dapat pun hadiah :(

Audrey

I forgot her name. Ni akak yg cerita pasal dia pakai kegel device tu.

So last sekali ada lunch disediakan. Sebelum balik sempat jugak aku buat skin test oleh Himalaya. Nampak dengan jelas sekali macam mana struktur kulit muka aku. Huhu. Banyak white head. Aku ni jenis malas nak pakai produk-produk. Aku hanya pakai pencuci muka aje. Semua participants ada dapat goodie bag dalam tu ada macam2 diorang bagi contohnya majalah, bantal kecil ikea, moisturizer Himalaya dan 3 days pass of myoga. 

Ok itu sahaja till then.

Bye.

Tuesday, February 18, 2014

Tampal Gigi di Klinik Swasta

Alkisah hari ni busy betul aku. Ada 3 benda aku nak kena buat. First hantar nenek aku pergi hospital sebab dia ada post treatment chemo. Mak aku teman nenek aku. Dah lepas hantar tu baru perasan aku tertinggal phone kat rumah. Memang kena amek balik la kan. Karang camne mak aku nak call kalau dia dah sudah. Amek la kejap phone then terus pergi Klinik Kesihatan Presint 11 Putrajaya


Aku dah 2 hari sakit tekak, batuk dan selesema. Nasib baik tak demam. Hari ni suara aku nak keluar pun macam dah takde dah. So aku pon nak pergi klinik amek ubat. Klinik ni baru lagi sebab dia dekat area bawah rumah apartment baru depan sekolah presint 11 (1) tu. Masa aku pergi aku sorang je patient. Takde orang langsung. Bagus jugak takde lah kena tunggu lama. Mak aku kata kalau pergi klinik kesihatan presint 9 tu, lama betul nak tunggu. Patient sampai beratus. Aku rasa ramai yang tak tau kot pasal klinik yang kat presint 11 ni sebab baru lagi. So aku suggest sape2 nak gi klinik kat area putrajaya ni pergi la yang kat klinik presint 11 ni. Cepat mudah dan pantas. Kena bayar singgit jer.

Then misi seterusnya nak pergi klinik gigi. Mula-mula decide nak pergi yang kat presint 15 diplomatik tu. Sekali sampai2 tutup pulak. Call pun tak angkat. Tah pukul berapa tah bukak. So aku pergi Klinik Pergigian Halizah, Bangi. Betul2 belakang Warta Bangi. Aku call hari sebelumnya tanya diorang berapa rawatan kalau nak tampal. Dia kata RM80. Aku tak ingat dia kata RM80 dan ke atas ke apa. 

So aku pergi sana. Daftar kejap then tak lama lepas tu nama kena panggil. Cepat betul. Dah masuk dalam rasa seriau pulak. Yela dah lama tak jumpa dentist. Last jumpa sebelum aku fly hari tu. Tak suka perasaan pergi klinik gigi. Nape tah. Masa dia nak tampal tu mula2 dia akan cuci dulu. Ngilu ya amat. Tapi tak lama dalam 2 3 minit camtu kot lepas tu dia start tampal. Kejap je la total dalam 10-15 min dah siap dah. Doktor kata gigi aku berlubang besar gak. Ye la kot aku dah perasan dah sebelum ni berlubang sikit tapi biar jer lepas tu dia jadik makin besar kadang2 rasa macam pecah sikit gigi pon ada gak. Sebab tu la kot. So lepas tampal rasa cam pelik sikit gigi sebab tak biasa kan. Tapi lama-lama ok jer.

Time nak bayar aku tanya la berapa. Sekali dia kata RM150. Mak aihhhh. Aku tak cakap apa dalam hati jela sebab malas nak cakap suara aku takde. So aku bayar jer. Bagi aku macam mahal jer. Ke ni standard swasta punya harga? Aku bajet macam bawah 100 jer. Hmm takpela nak sihat kena la keluar duit sikit ye dak? Teehee. 

Ok dah setel semua. Jom balik!

Lepas je balik tiba-tiba dapat call dari Nuffnang suruh datang event diorang lepas tu buat post and review pasal event tu. Diorang akan bagi RM150. Alhamdulillah. Rezeki Allah ada di mana-mana. Terubat sikit hati sebab kena bayar mahal tadi kekeke ;)

Plitvice Lake (Plitvička Jezera), National Park Croatia

Aku nak sambung pasal trip hari tu yang tergendala almost empat bulan. Padahal nak kata busy tu tak langsung. Lepas aku habis study dalam bulan 9, aku stay kat UK sampai bulan 1 sebab nak tunggu konvo. So sepanjang 4 bulan lebih tu aku dok rumah banyak makan, tido, tengok movie. Ada la jalan-jalan sikit tapi takde la keluar UK just dalam UK aje. Yela tinggi kot kos duduk sini dah la masa tu dah tak dapat elaun. Terpaksa gunakan duit simpanan yang tak seberapa. Hehehe. 

Ok back to the topic. Alkisah masa aku pergi Croatia tu, short vacation je sebenarnya sebab 5 hari jer. Aku pilih Croatia pun sebab tiket flight murah pergi sana. Memang plan nak gi dua negara masa awal-awal plan nak pergi Norway. Tiket murah tapi bila tengok accomodation mahal pulak. So pilih la Croatia. Tu pon takat pergi satu city je Zadar. Pasal Zadar aku cerita nanti la. Nak cerita pasal plitvice ni dulu sebab aku suka tempat nya cantik ya ampun!! Masa jalan2 kat Zadar tu ada la macam booth orang jual package nak gi Plitvice National Park or pergi pulau-pulau. Tapi orang tu kata kemungkinan hujan kalau pergi pulau memang tak nampak apa. Tapi kalau pergi national park tu even hujan still boleh tengok pemandangan semua. Memang takde plan pun sebenarnya nak amek package ni. Plan hanya nak jalan2 sekitar Zadar. Tapi dah alang-alang orang kata, kitorang beli jer. Sorang harga dia dalam 60€. Boleh la kan. Lagipun tengok gambar tempat ni memang cantik so macam sayang kalau tak pergi. Tour nya start pagi dalam pukul 8am sampai la petang. 

Disebabkan takde plan nak gi National Park tu, aku takde pon bawak kasut yang sesuai. Yang aku bawak kasut jalan aku, loafer yang manik-manik tu je. Sebab ingatkan jalan2 kat pantai just nak beli selipar jer. Takkan nak pakai kasut tu kan masuk hutan. Aku pun carik la kasut2 jual kat area situ. Mmg mahal la. Kasut yang biasa-biasa ala2 sneakers bodo pun mahal. Kalau aku beli kang mesti tak pakai pun so malas la. Last-last aku pakai selipar je. Haa sempoi tak pergi masuk hutan pakai selipar jer. Layanz..

So pagi tu tunggu kat area dia suruh tunggu, lepas tu pergi sana naik van. Ada dalam 9 orang total termasuk tour guide dengan driver. Ada dua couple dari France sorang lagi dari Ireland. Dari Zadar dalam 2 jam jugak nak ke sana. Package ni include breakfast dan lunch sekali. Masa nak gi sana dia singgah makan jap untuk breakfast kat satu restaurant ni namanya Fortuna. Lepas makan kitorang gerak sana. Sampai sana tour guide tu briefing sikit-sikit lepas tu terus masuk hutan tu. Dan dia bagi tiket masa tu. Tak silap harga tiket tu 110 Kuna harga dia. Tapi tu dah termasuk dalam package yang kitorang bayar so tak perlu bayar lagi. Masa tu dah start hujan dah renyai-renyai. Dengan pakai selipar je kena berhati-hati jugak lah aku takut jalan licin ke apa kan. 

Before bertolak. Hostel ada bagi breakfast jugak yg dalam paper bag tu.



Ni restaurant tempat kitorang berhenti tu. Cantik jugak tempatnya 

Gonjengnye aku pakai selipar jer kakaka

Masuk-masuk je lepas nampak air tasik tu, rasa macam Ya Allah indahnyaaa. Air dia memang jernih lepas tu biru sangat-sangat. Boleh nampak sampai ke dasar dia. Katanya tasik tu kaya dengan mineral sebab tu color dia boleh jadik biru kehijauan macam tu. Plitvice Lake ni salah satu UNESCO World Heritage jugak. Disebabkan hujan terpaksa la pakai rain coat. Nak amek gambar pun susah sebab air hujan asik kena kat lens. So kadang-kadang gambar jadik kabur. Kena lap betul2 baru ok.


Ni entrance dia
Masa mula-mula nampak air biru. Dah excited masa ni.


Kat tempat ni banyak tasik dan waterfall. Ada kena jalan dan ada kena naik boat nak merentasi tasik tu. Boat naik dalam 3 kali kalau tak silap aku. Banyak jalan jela. Tour guide aku tu pulak kemain laju jalan dia. Nak amek gambar pun tak sempat. Kalau pergi sendiri lagi best kot boleh take time lama-lama.

Ni yang couple dari France tu. Buat apa haa?
Ni yang aku kata nampak dasar dia. Emang dasar
With my travelmates. Kak Anis dan Khai. 

Kat sini banyak sangat jambatan yang macam ni. Memang laluan dia
kalau lalu tengah tasik tu memang jambatan ni.

Salah satu air terjun
Aku paling suka gambar ni sebab macam lukisan pulak rasa. hehehe. 
Kena la masuk aku gak. Tehee.


Ikan-ikan pun banyak kat sini.




Gambar ni pun aku suka sangat. Tapi macam ada blur sikit kena air hujan.



Ni boat yang kitorang naik.


Ni jambatan on the way nak naik gua.  

Yang ni gambar dari atas lepas lalu gua. Aku tak naik sampai atas sebab tak larat.
Ni dari camera kawan aku. Credit to Khai. Cantik sangat. Nyesal sebenarnya tak naik. Hoho
Ni la yang ikut tour sekali
Rasa macam nak mandi je kat sini

Ni kat waterfall yg paling tinggi kat sini.
Khai jahat kata muka kak anis sama macam orang dalam duit Croatia ni. Matawang sini pakai Kuna.

Lepas balik kitorang singgah restaurant tu balik untuk lunch pulak. Tak ingat dah pukul berapa sampai Zadar balik. Balik-balik je kitorang terus balik hostel. So bagi aku memang berbaloi-baloi la pergi sini. Kalau korang pergi Croatia, jangan lupa singgah tempat ni ok. Really worth it. 

Haa panjang pulak aku membebel :) 

Ok byeee!