Wednesday, September 26, 2012

Cara-cara nak sambung Master di Luar Negara (MARA)



Memandangkan ramai yang tanya macam mana aku apply sambung master oversea, aku nak share sikit pengalaman aku. Harap dapat membantu korang semua. Hee. Aku apply semua ni masa aku final semester kat UTM. Untuk sesiapa yang teringin nak belajar overseas boleh la try. InsyaAllah boleh dapat kalau cukup semua requirement ;)

1. Apply Universiti

Yang ni korang survey la mana-mana universiti yang korang nak apply. Semua universiti akan ada website masing-masing dan akan ada bahagian postgraduate. Apply semua secara online. Nak apply kat UK, US, Australia, New Zealand. Semua boleh. Tapi ada certain universiti akan kenakan fees untuk apply. Kalau nak mudah, boleh try guna agen macam MABECS. Diorang akan guide dan apply kan untuk korang. Kalau tak silap pakai agen ni free. Tapi bagi aku, better buat sendiri la. Dapat belajar benda baru sikit. Kalau guna agen ni macam ada orang tengah antara korang and universiti. By the way pengalaman aku ni cara untuk sambung master taught course. Kalau sambung degree aku tak tau sebab kena through UCAS. Tapi untuk master in research dan Phd lebih kurang jugak. Cume yang research ni ada tambahan sikit kena buat research proposal, cari SV dan communicate sendiri dengan diorang about the topic you proposed. Nak apply uni ni agak leceh jugak sebab banyak benda nak kena prepare. Contohnya kena buat reference/recommendation letter, personal statement, sediakan copy of passport, certificate degree, transcript degree. Nampak macam leceh kan. Tapi bila semua benda tu dah ada, senang je sebenarnya. Apply je universiti banyak-banyak. Yang aku apply complete, semua dapat. Biasa major intake dalam bulan 9. So dalam bulan 1 tu dah boleh apply sebab banyak benda lagi nak kena buat. So dalam masa 8 bulan sempat la nak settle kan semua benda. 

Bila korang dah apply, ada certain universiti akan reply cepat dan ada yang reply lambat gila. Mengikut pengalaman aku la, sheffield reply paling cepat dalam masa 3-4 hari je. Manchester lambat, 3 minggu baru dapat reply. Birmingham cepat jugak tak silap. So better buat awal-awal la kan. Lepas dapat reply, universiti akan bagi offer letter sama ada conditional atau unconditional offer letter. Apa beza dua-dua ni? Dulu aku pun confused. Conditional ni tawaran bersyarat. Contohnya ada benda yang korang tak bagi diorang, contoh tak amek ielts lagi ke, tak hantar transcript lagi ke. Kira macam tak complete lagi la application tu. Tapi still dapat offer letter. Kalau unconditional pulak, kira dah confirm dapat takyah syarat-syarat. By the way duration untuk sambung master taught course berbeza ikut negara. Kat UK mostly setahun je tapi kat Australia (yang aku tengok la) semua dua tahun. Agak-agak nak stay lama sikit boleh la apply yang dua tahun tu. Aku apply setahun je sebab macam lama je 2 tahun tu ;)


2. Apply sponsor

Bila dah dapat offer letter universiti, tak kisah conditional atau unconditional. Korang boleh apply untuk sponsor. Ada banyak gak sponsor yang taja student untuk master. JPA, MARA, Bank Negara. Tapi aku nak share pasal MARA je la sebab aku apply under MARA (Program Pascasiswazah Luar Negara). hehe. MARA akan bukak dalam bulan Mac biasanya. Kena selalu alert. Kalau tak nanti terlepas sebab dia bukak tak lama. 2 minggu kot. Lepas apply, tunggu dalam beberapa minggu result keluar. Nanti akan dapat tau dapat ke tak. InsyaAllah kalau korang lepas semua requirement dia, lepas kot. Tapi akan dapat tawaran bersyarat jugak. Kena fullfill lagi apa yang Mara nak, segala dokumen, medical check-up. Surat tawaran unconditional dari uni masa ni memang dah kena ada sebab lepas dapat unconditional offer letter dan hantar semua dokumen baru Mara akan keluarkan agreement. Dan perlu di ingat, since Mara ni tak bonded, kita akan kena bayar few percent lepas tamat belajar. Tapi jangan risau maximum kena bayar 20% out of total. Kalau result power boleh mintak kurang lagi. So belajar rajin-rajin ye. (pesanan untuk diri sendiri)

Untuk batch aku ni, masa surat tawaran dapat tu dia cakap akan ada interview dan ujian psikometri. Tapi tau2 je dapat terus tak payah interview semua. Sangat dipermudahkan. Tahun sebelum tu memang ada interview dan ujian psikometri tu. Tahun depan tak tau la macam mana. Depends on Mara gak kot. By the way untuk yang nk sambung direct lepas degree macam aku, nanti akan ada problem sikit masa nak dapatkan unconditional offer letter sebab transkrip akan keluar lambat sebab tunggu result la, mesyuarat senat la. Mara ni akan ada deadline. Tapi nasib baik la tak lambat sangat transkrip tu. Sempat lagi nk masuk intake untuk bulan 9. Kalau tak memang tak dapat ler nak sambung oversea. Mara pon tak kesah masa tu hantar lambat sikit.

Lagi satu, ramai yang tanya kena pointer kena berapa nak apply. Untuk Mara ni atas 3.0 dah cukup untuk course yang teknikal. Kalau yang bukan teknikal kena atas 3.5. Kalau nak baca lebih lanjut pasal program ni, boleh baca kat sini.


3. English Test (IELTS/TOEFL)

Biasa orang akan tanya nak amek IELTS ke atau TOEFL. Sebab mostly uni memang require english test ni. Tapi kebanyakan nya akan amek IELTS la. TOEFL tu macam jarang je orang amek. Aku pun tak sure. Aku takde pengalaman amek dua - dua test ni sebab uni aku boleh pakai Malaysian 1119 SPM tu. Best kan? Jimat duit aku. Nak amek test tu harga dalam RM590 kalau tak silap. Mara pun akan waived kalau uni tak require Ielts ni. Yang aku tau Sheffield dan Manchester takyah pon takpe sebab aku dapat offer without the Ielts.


4. Visa

Lepas dah hantar agreement dari Mara yang dah lengkap tu, Mara akan bagi financial statement. Yang tu perlu ada masa nak apply visa. Visa ni nampak macam leceh gak tapi senang je sebenarnya. Hehe. Korang google je ramai yang ada share pasal steps buat visa ni. Visa ni boleh claim dengan Mara. Fees dia RM 1416.


5. Flight ticket

Flight ticket boleh suruh Mara belikan. Just bagi copy of visa and passport, dan bagi la flight yang korang nak. Pakai duit sendiri book dulu pon takpe. Yang ni pon boleh claim.


6. Dapat duit elaun

Mara akan bagi elaun in-bulk for 6 months terus. Boleh la shopping apa-apa yang patut. Nak beli laptop baru ke, Iphone 5 ke. Oppps. Sebabnya dapat memang banyak RM 40k terus. Jangan lupa diri sudah. Sebab duit tu la nak hidup selama 6 bulan. Be careful ok.


7. Flyyyy

Lepas tu dah boleh fly. Bersiap sedialah nak menempuhi kehidupan yang berbeza kat negara orang. cewah. Hehe. By the way untuk master/phd memang kena carik rumah sendiri. Nanti korang boleh contact student association kat sana. Diorang akan tolong punya nk carikkan rumah.


Agak-agak lengkap tak apa yang aku share ni. Macam membebel je banyak. Haha. Kalau ada benda nak tanya lagi just leave me a comment. Aku akan cuba jawab InsyaAllah. Kalau nak baca versi pengalaman Kak Rehan yang aku refer sebelum ni boleh la tengok kat sini. Sangat membantu. Yang entry aku ni dari pengalaman aku sendiri. Ok tu je la kot. Hope membantu :)

Updated: Since ramai yang mintak contoh personal statement and reference. Ni aku bagi terus. Takde la bagus sangat yang personal statement aku tu sebab grammar semua pon hentam jer. hehe. Reference tu dari lecturers aku. Boleh google lagi kalau nak tengok contoh yang lain.


Contoh personal statement and references. 


Facebook page : 
Pasca Siswazah Luar Negara Tajaan MARA




Update: Mara bukak 5 Mac - 14 Mac. Sila buka laman web Mara untuk maklumat lanjut