Wednesday, June 02, 2010

Kesan mandi malam dan minum ais

Sejak dua menjak ni, aku selalu sangat mandi malam. Dalam pukul 11-12 malam macam tu. Sebabnya aku kerja balik pukul 11. (Siapa-siapa yang tak tau lagi, aku kerja part-time kat Petronas Precint 11). So balik-balik mestilah kena mandi kan. Takkan la nak terus tido. Berkurap lak badan kang. haha. Aku memang tak boleh tidur kalau badan melekit-lekit ni. Memang kena mandi dulu.

Ok berbalik kepada topik asal pasal mandi malam ni. Aku selalu sangat dengar kalau mandi malam-malam nanti senang kena paru-paru berair dan lumpuh. Aku try la gak search kat google pasal kesan mandi malam ni. Memang mostly cakap kesannya, kena paru-paru berair. Waa ni yang takot ni. Apa yang perlu aku lakukan lepas ni? Adakah tak mandi, mandi macam P.Ramlee ataupon, mandi kerbau aje. heheh :p

Haa minum banyak ais pon bahaya jugak yer kawan-kawan.Tapi ni la faveret aku. Kalau makan je, mesti nak minum air sejuk.

Kalau nak tau lebih lanjut pasal kesan mandi malam ni dan minum ais, boleh la klik SINI, atau SINUN.

p/s : Aku pun tak paham sebab asik kena keje shift petang je. Aku lagi suka shift pagi sebab takde orang. hehe.