Wednesday, June 30, 2010

Kerja part-time?

Hari ni merupakan last day aku bekerja part-time sempena cuti semester aku selama 2 bulan lebih. Terisi jugak la masa senggang aku dengan perkara yang bermanfaat, daripada duduk rumah je beratkan badan kan. Kerja dapat jugak duit. Boleh la jugak beli barang-barang keperluan nak naik sem nanti. Duit jpa aku tu bukannya terus dapat. Dua minggu masuk baru dapat agaknya.

Ni merupakan kali ketiga aku kerja part-time sepanjang hidup aku. First aku kerja dulu masa tunggu result nak masuk universiti. Masa tu baru je habis matrik. Aku kerja jadik waitress kat Shakey's Pizza USJ 9. Masa kat sini, macam-macam pengalaman aku dapat. Banyak juga ragam-ragam manusia yang aku jumpa. Yang baik ada, yang berlagak, semua ada la. Masa kerja kat sini kerja aku just amek order, hantar-hantar makanan jer. Aku kerja kat sini selama dua bulan. Tapi yang tak best nye gaji tak banyak sebab tak tentu kerjanya. Kadang-kadang sehari 5 jam, 6 jam je. Mana nak dapat banyak. Jadik waitress ni, kena pandai communicate dengan orang. Cakap kena elok-elok. Kalau kena marah pon, kena dengar je la. Perlukan kesabaran yang tinggi. haha. Kadang-kadang hangin gak aku. Tapi apakan daya. Dah namanya kerja. Tapi at least ok la, memperbaiki cara aku berkomunikasi dengan orang.

masa kat Shakeys ngn kawan aku, Eicha

Kerja part-time kedua, masa cuti sem tahun lepas. Aku kerja dekat Petronas Presint 9. Sebenarnya memang susah diorang nak terima budak-budak part-time ni. Tapi aku bernasib baik masa tu. Diorang hire jugak aku sebab tak cukup orang. Kerjanya pon senang. Aku just tolong-tolong supervisor, kira bahagian food services. Contohnya macam orang hantar nasi lemak, kuih-muih ke, aku kena catit dalam buku berapa, masukkan dalam excel, dan kira-kira jumlah. Memang senang. Dan kadang-kadang bila dah takde kerja, aku tolong buat receiving dan display barang. Kerja pon tetap sehari 8 jam dari pukul 9am - 5petang. Gaji kat sini pon kira ok la jugak.

Last part-time yang aku buat, sekarang ni la. Kerjanya kat petronas jugak. Tapi kali ni aku mintak kat Presint 11 sebab dekat dengan rumah aku. Kali ni aku kerja bahagian merchandiser. Display barang-barang yang dah takde kat depan. Mostly kerjanya, aku kena tambah air dalam chiller. Kadang-kadang tu kan, aku rasa baru je tambah. Tup-tup tengok dah kosong dah. Orang Putrajaya ni memang kuat betul la minum air. Takpon diorang beli air tu bawak mandi kot. Tu yang asik habis jer. Aku pon pelik. Nak je aku gam kat bawah air-air tu semua biar diorang tak boleh amek, hahaha. Kejam-kejam. Kat sini aku selalu kena kerja petang sebab petang ni busy sikit. Ramai orang balik kerja. Pukul 5.30 - 6.30pm pulak aku kena greet orang kat pintu cakap 'Selamat Datang' dan 'Terima Kasih, Datang Lagi'. Masa mula-mula macam segan jugak la. Dah lama-lama dah biasa. hehehe.

Pakai uniform petronas.

stor tengah bersepah sebab barang banyak sampai. with As and Sufi.
masa besday rakan sekerja

Banyak kebaikannya kalo kerja part-time ni. Yang paling penting sekali dari segi pengalaman. Bak kata pepatah ' Experience is the Best Teacher'. Tak gitu? Dari segi kewangan pon ada faedahnya. Kita akan terasa puas bila kita gunakan duit yang kita dapat hasil daripada titik peluh kita sendiri kan. Dan dari situ kita dapat tau betapa susah ibu-bapa kita cari duit nak bagi kat kita. Tapi last-last nanti, aku mintak jugak kat diorang. hehehe :p


So, apa kerja part-time yang korang pernah buat pulak?