Friday, May 28, 2010

Surat Khabar Mana Yang Paling Best Sekali?

Dalam banyak-banyak surat khabar, yang mana satu korang paling suka baca? Meh aku nak share sikit pendapat aku tentang semua surat khabar ni.


METRO. Dulu aku cukup tak suka baca Metro. Sebabnya, Metro ni suka sangat letak cerita panas kat muka depan. Yela, nak bagi laris. Cerita-cerita panas macam ni kan memang orang laju je nak baca. Berkesan kot cara tu sebab Metro ni sekarang akhbar harian no 1 kat Malaysia. Dulu aku tak suka, tapi sekarang memang aku baca Metro pon. haha. Tapi ada gak part yang aku tak suka. Contohnya, iklan dia bukan main tebal lagi. Pastu tiap-tiap hari iklan nak sama je. Balik-balik nampak muka Dr Rozmey. hehe


UTUSAN. Ni pulak faveret aku masa zaman dulu-dulu. Sebab aku rasa headline dia semua cerita-cerita penting dan terkini. Bukan cerita-cerita panas macam kat Metro tu. Tapi sekarang aku memang dah tak suka Utusan. Sebabnya, Surat khabarnya besar gedabak. Paper-paper lain semua dah tukar jadik kecik, tinggal Utusan ni je yang degil sangat tak nak tukar jadik kecik. haha. Susah gila nak baca. Terpusing sana, terpusing sini. Sampai tergeliat tengkuk aku. Adeh. Sebab kedua yang aku tak suka, aku rasa Utusan ni banyak cerita pasal politik aje. Aku memang tak minat bab-bab politik ni. Maaflah. Contohnya macam gambar kat atas tu. huhu.


BERITA HARIAN. Yang ni kira ok la bagi aku. Takde yang aku tak suka. Dulu besar gak, tapi sekarang dah tukar jadik comel je size dia. So senang sikit nak baca. Kat facebook pon aku ada like page berita harian ni. Boleh la tau berita-berita sikit sambil tengah layan fb tu. haha. Paper lain tak tau la ada ke tak page macam tu. Aku tak pernah search pulak. hee



KOSMO. Yang ni ok la jugak kot. Aku ada jugak baca. Ni yang terbaru sekali antara akhbar-akhbar yang kat atas ni. Tapi aku rasa Kosmo ni macam nipis je. Macam tak banyak berita. haha. Sebab tu dia murah kot. RM1 je. Kalo jual kat UTM, 70sen je.


Ni je la antara akhbar-akhbar yang aku baca. Yang lain-lain macam Sinar Harian, Harakah ke, memang aku tak baca. Kalau english lak, aku lagi suka baca NST sebab The Star tu tebal sangat. hehe. Takde komen sangat pasal english newspaper ni sebab aku jarang beli. hahha.

Ni pendapat aku, apa kata korang pulak?