Wednesday, January 06, 2010

Seksanye pakai braces..

Aku baru je dua hari pakai braces tapi dah rasa seksa gila. Rasa macam nak give up pon ada jugak. Tapi bila pikir-pikir dah bayar, tak jadik la. Membazir plak kang. Baik aku teruskan je. Mula-mula masa pasang tu aku tak rasa sakit pon, tapi bila dah balik, rasa ngilu semacam gigi aku. Sebab braces tu macam menarik-narik. urghh~ Sakit weh. Nak makan, kunyah semua tak boleh, aku kena makan makanan yang boleh telan terus. Tak ke seksa namanya tu. Dah takde nikmat aku nak makan sedap-sedap lagi pasni. Makan bubur ajela (-_-").

Pastu, nak cakap pon dah susah. Dah tak boleh cakap banyak dah lepas ni. huhu. Kalo aku ada duit banyak, dah lama dah aku betulkan gigi yang macam orang AF buat tu, 3 jam je gigi dah cantik tersusun. Tapi kena RM25,000 la. hahaha. Lupakan.

Aku ada gak tanya kawan-kawan yang pakai braces. Diorang kata mula-mula je sakit. Lama-lama dah ok. Hope macam tu la. Doc kata dalam dua tahun kot aku pakai. Sampai aku grade tu. Mintak-mintak before grade dah cabut. Baru leh amek gambar grade dengan yakin. yeah!


Gmba kecik je aku leh tunjuk. hihihi